PENDAFTARAN REKA BENTUK INDUSTRI

Reka bentuk perindustrian merupakan salah satu cabang harta intelek yang menumpukan kepada perlindungan reka bentuk barangan. Undang-undang berkenaan reka bentuk perindustrian di Malaysia berada di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.

Secara amnya, reka bentuk perindustrian bermaksud sebarang bentuk,  tatarajah, corak atau ukiran yang diterapkan kepada suatu objek  melalui sebarang proses industri. Objek tersebut mestilah dalam bentuk yang sudah siap dan mampu menarik perhatian mata pengguna.

Untuk lebih mudah difahami, reka bentuk perindustrian merujuk kepada penampilan bentuk, corak atau ukiran sesuatu produk. Reka bentuk perindustrian boleh terdata dalam bentuk 3 dimensi pada bentuk atau permukaan sesuatu objek atau dalam bentuk 2 dimensi seperti corak dan garisan atau warna.

Reka bentuk sesuatu produk adalah penting sebagai daya penarik bagi melariskan jualan sesuatu produk. Oleh itu adalah amat penting bagi pengusaha sesuatu produk bagi mendapatkan perlindungan reka bentuk perindustrian agar hak mereka sebgai pemilik sesuatu reka bentuk terperlihara. Perlindungan reka bentuk perindustrian juga akan menggalakkan industri kreatif untuk berkembang kerana pereka cipta akan dapat melindungi hasil rekaan mereka menerusi undang-undang reka bentuk perindustrian.
Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut:  WhatsApp di 0193781629. E-mel kami [email protected]