PENDAFTARAN CAP DAGANGAN

Saya berpengalaman lebih 17 tahun di dalam menguruskan proses pendaftaran cap dagangan. Anda tidak perlu memandu beratus-ratus kilometer ke pejabat MyIPO dan terpaksa berulang-alik semata-mata untuk membuat pendaftaran. Anda juga boleh mengelakkan risiko kesilapan semasa mendaftar yang mungkin akan menyebabkan pendaftaran cap dagangan anda ditolak oleh pihak MyIPO. Pendaftaran anda saya boleh uruskan menerusi emel dan WhatsApp sahaja. Jimat wang dan masa anda!

Di bawah adalah antara syarikat, organisasi dan institusi yang telah menggunakan khidmat saya di dalam pendaftaran cap dagangan:

Lihat lagi PELANGGAN KAMI.


✅ Ejen cap dagangan berdaftar dengan MyIPO.

✅ Pengalaman lebih 17 tahun.

✅ Sudah mengendalikan ribuan pendaftaran cap dagangan.

✅ Harga berpatutan.

✅ Proses pendaftaran 100% secara online.

✅ Memantau semua proses pendaftaran sehingga sijil pendaftaran dikeluarkan.


Proses pendaftaran cap dagangan terdapat 3 peringkat:

PERINGKAT 1 – CARIAN:

Membuat carian jenama/logo yg ingin didaftarkan. Ini bagi memastikan jenama/logo tersebut tidak mempunyai persamaan dengan trademark yang sudah berdaftar, bagi mengelakkan pendaftaran ditolak disebabkan persamaan. Keputusan carian akan dikeluarkan 2-3 hari bekerja. Proses carian ini tidak wajib, tetapi digalakkan untuk dilakukan.

PERINGKAT 2 – PERMOHONAN:

Membuat pendaftaran, dengan menghantar borang pendaftaran ke MyIPO. Proses permohonan dan mendapatkan salinan pengesahan permohonan mengambil masa 2-3 hari bekerja. Proses pemeriksaan permohonan oleh pihak MyIPO mengambil masa sekitar 6 ke 12 bulan. Satu notis penerimaan (kelulusan) akan dikeluarkan sekiranya permohonan diluluskan.

PERINGKAT 3 – PEWARTAAN DAN PENDAFTARAN:

Cap dagangan yang telah mendapat kelulusan akan diwartakan di dalam warta kerajaan selama 2 bulan. Sekiranya tiada sebarang bangkangan difailkan dalam tempoh pewartaan tersebut, cap dagangan akan didaftarkan secara rasmi dan satu notis pemberitahuan pendaftaran cap dagangan akan dikeluarkan. Sijil pendaftaran bercetak boleh dimohon dengan bayaran tambahan.

KLIK DI SINI untuk melihat contoh dokumen pengesahan permohonan, pemberitahuan pendaftaran cap dagangan dan sijil pendaftaran cap dagangan.

SETIAP PENDAFTARAN AKAN SAH UNTUK TEMPOH 10 TAHUN DAN BOLEH DIPERBAHARUI SETIAP 10 TAHUN.


Kos pendaftaran cap dagangan adalah seperti berikut:

PERINGKAT 1 – CARIAN

PERINGKAT 1 – PERMOHONAN

PERINGKAT 1 – PEWARTAAN & SIJIL

*Bayaran yang dipaparkan di atas telah merangkumi fi perkhidmatan kami dan bayaran kepada pihak MyIPO dan sah untuk tahun 2025.


Untuk mendaftar, anda boleh sediakan maklumat dan dokumen berikut:

  1. Jenama / Logo – dalam bentuk JPG, GIF, PNG, PDF, AI, PSD
  2. Nama pemohon (Syarikat/Individu/Organisasi)
  3. Salinan dokumen pendaftaran perniagaan (SSM) atau dokumen pemerbadanan syarikat atau salinan kad pengenalan.
  4. Alamat surat menyurat
  5. Alamat emel
  6. No. Telefon (WhatsApp)
  7. Ringkasan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan di bawah jenama yang hendak didaftar.

Semua di atas boleh di emelkan ke [email protected] atau Whatsaap ke nombor 019-3781629. Selepas mendapat semua dokumen dan maklumat di atas, kami akan menyediakan invois untuk pembayaran.


Klik butang di bawah untuk membuat pendaftaran:

ATAU buat permohonan melalui WhatsApp atau emel:


Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:

Telefon/WhatsApp: +6019-3781629 (Azizi)

Email: [email protected]